Sunday 12 June 2011

PTPTN di biasiswa kan..???

"Lagi elok kalau PTPTN dijadikan biasiswa bagi membantu rakyat yang ingin melanjutkan pelajaran"
Lebih kurang begitulah kata-kata seorang pemimpin yang melontarkan pandangan. Sekali fikir memang elok sangat apa yang beliau katakan itu. Dengan pinjaman setahun untuk semua pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran diseluruh negara mencecah lebih RM2 bilion, persoalan popularnya adalah, dari mana PTPTN nak 'cekau' duit sebanyak itu?? Memang mulia, memberi biasiswa kepada mereka yang ingin belajar. Harus diingat, bukan semua pelajar mempunyai keputusan yang elok untuk melanjutkan pelajaran. Sedangkan konsep biasiswa pada asalnya untuk membantu pelajar yang benar-benar mendapat keputusan cemerlang, terbaik antara yang terbaik. Juga sebagai dorongan dan bonus kepada setiap pelajar yang lain supaya sama-sama meningkatkan prestasi dalam pelajaran. Perlu kah memberikan biasiswa kepada seorang pelajar yang penuh dengan masalah displin, mempunyai keputusan teruk hanya semata-mata kerana dia ingin menyambung pelajaran demi mengubah hidupnya?? Bunyinya memang agak kejam tetapi disinilah PTPTN memainkan peranan. Memberikan pelajar-pelajar seperti ini peluang kedua untuk mengubah hidup masing-masing. Setiap pelajar seharusnya mengetahui akan perkara ini seawal hari pertama persekolahan darjah satu lagi. Ia seharusnya menjadi pembakar semangat kepada setiap orang untuk lebih bersungguh-sungguh dan serius dalam pelajaran.
Walau menyedari akan hakikat ini, namun masih ramai lagi pelajar yang tidak ambil serius dalam pelajaran. Dengan masalah displin, ponteng dan sukakan hal-hal yang melekakan dan merugikan. Tidak memberikan biasiswa kepada pelajar-pelajar seperti ini bukan beerti menghukum mereka. Sebaliknya mendidik mereka untuk menjadi kuat beruasaha. Sentiasa mementingkan pelajaran dan menghargai setiap peluang yang ada. Jika anda berjaya menjadi pelajar terbaik sudah semestinya berderet biasiswa yang akan ditawarkan kepada anda. Tetapi jika sebaliknya, anda harus membuat pinjaman PTPTN. Itu pun jika anda terfikir untuk melanjutkan pelajaran lagi. Ini boleh memperlihatkan bagaimana seseorang pelajar membuat keputusan untuk masa depan mereka sendiri.
Dengan peluang yang diberikan oleh PTPTN itu pun masih ramai lagi yang gagal melunaskan pinjaman selepas tamat pengajian, hingga mencecah lebih RM3 bilion. Cubalah tanya mana-mana negara di dunia ini, negara mana yang sanggup mengeluarkan duit sebanyak itu untuk membuat kebajikan kepada pelajar mereka?? Sedangkan negara-negara maju yang kaya pun ingin dan telah memansuhkan bantuan kepada pelajar-pelajar mereka, dari mana pula negara membangun dan sekecil Malaysia ini mampu membuat kebajikan sebanyak itu?? Sungguh mulia niat itu yang akhirnya akan mem'bangkrap'kan negara kecil Malaysia. Fikirlah sendiri, nak senang dapatkanlah biasiswa. Nak biasiswa, dapatkanlah keputusan yang terbaik dalam pelajaran. Nak keputusan yang terbaik, belajarlah bersungguh-sungguh. Sudah menjadi adat dunia, yang terbaik akan mendapat bonus.

No comments:

Post a Comment