Sunday 12 June 2011

PTPTN di biasiswa kan..???

"Lagi elok kalau PTPTN dijadikan biasiswa bagi membantu rakyat yang ingin melanjutkan pelajaran"
Lebih kurang begitulah kata-kata seorang pemimpin yang melontarkan pandangan. Sekali fikir memang elok sangat apa yang beliau katakan itu. Dengan pinjaman setahun untuk semua pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran diseluruh negara mencecah lebih RM2 bilion, persoalan popularnya adalah, dari mana PTPTN nak 'cekau' duit sebanyak itu?? Memang mulia, memberi biasiswa kepada mereka yang ingin belajar. Harus diingat, bukan semua pelajar mempunyai keputusan yang elok untuk melanjutkan pelajaran. Sedangkan konsep biasiswa pada asalnya untuk membantu pelajar yang benar-benar mendapat keputusan cemerlang, terbaik antara yang terbaik. Juga sebagai dorongan dan bonus kepada setiap pelajar yang lain supaya sama-sama meningkatkan prestasi dalam pelajaran. Perlu kah memberikan biasiswa kepada seorang pelajar yang penuh dengan masalah displin, mempunyai keputusan teruk hanya semata-mata kerana dia ingin menyambung pelajaran demi mengubah hidupnya?? Bunyinya memang agak kejam tetapi disinilah PTPTN memainkan peranan. Memberikan pelajar-pelajar seperti ini peluang kedua untuk mengubah hidup masing-masing. Setiap pelajar seharusnya mengetahui akan perkara ini seawal hari pertama persekolahan darjah satu lagi. Ia seharusnya menjadi pembakar semangat kepada setiap orang untuk lebih bersungguh-sungguh dan serius dalam pelajaran.
Walau menyedari akan hakikat ini, namun masih ramai lagi pelajar yang tidak ambil serius dalam pelajaran. Dengan masalah displin, ponteng dan sukakan hal-hal yang melekakan dan merugikan. Tidak memberikan biasiswa kepada pelajar-pelajar seperti ini bukan beerti menghukum mereka. Sebaliknya mendidik mereka untuk menjadi kuat beruasaha. Sentiasa mementingkan pelajaran dan menghargai setiap peluang yang ada. Jika anda berjaya menjadi pelajar terbaik sudah semestinya berderet biasiswa yang akan ditawarkan kepada anda. Tetapi jika sebaliknya, anda harus membuat pinjaman PTPTN. Itu pun jika anda terfikir untuk melanjutkan pelajaran lagi. Ini boleh memperlihatkan bagaimana seseorang pelajar membuat keputusan untuk masa depan mereka sendiri.
Dengan peluang yang diberikan oleh PTPTN itu pun masih ramai lagi yang gagal melunaskan pinjaman selepas tamat pengajian, hingga mencecah lebih RM3 bilion. Cubalah tanya mana-mana negara di dunia ini, negara mana yang sanggup mengeluarkan duit sebanyak itu untuk membuat kebajikan kepada pelajar mereka?? Sedangkan negara-negara maju yang kaya pun ingin dan telah memansuhkan bantuan kepada pelajar-pelajar mereka, dari mana pula negara membangun dan sekecil Malaysia ini mampu membuat kebajikan sebanyak itu?? Sungguh mulia niat itu yang akhirnya akan mem'bangkrap'kan negara kecil Malaysia. Fikirlah sendiri, nak senang dapatkanlah biasiswa. Nak biasiswa, dapatkanlah keputusan yang terbaik dalam pelajaran. Nak keputusan yang terbaik, belajarlah bersungguh-sungguh. Sudah menjadi adat dunia, yang terbaik akan mendapat bonus.

Monday 18 April 2011

VOTE FOR CHANGE

Pilihan Raya Sarawak 2011 baru sahaja melabuhkan tirainya dengan kemenangan berpihak kepada BN melebihi 2/3 kerusi. Tahniah kepada BN yang berjaya mengekalkan penguasaan di bumi Sarawak. Tahniah juga kepada penduduk Sarawak yang telah keluar beramai-ramai untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Kepada parti yang sudah mendapat mandat daripada rakyat, tunaikanlah tanggungjawab anda sebaik mungkin. Jangan disia-siakan kepercayaan yang telah rakyat berikan kepada anda. Peranan anda dalam menjadi wakil suara rakyat ditempat anda untuk 5 tahun akan datang bakal menentukan halatuju Sarawak dan juga diri anda. Rakyat bukan meminta bulan dan bintang, jauh sekali minta disuapkan makanan kedalam setiap mulut. Cukuplah anda menyelesaikan permasalahan rakyat dibawah anda. Mereka mengharapkan anda mendengar dan menyelesaikan masalah setempat.
Program turun padang sepatutnya harus ada dalam diri setiap wakil rakyat. Cubalah selami apa kemusyikilan yang wujud dalam masyarakat. Rasailah denyut nadi rakyat. Cuba berkomunikasi dengan semua orang. Ramai lagi yang perlukan pembelaan anda. Jika anda mahu benar-benar merasai denyut nadi rakyat, ingin tahu apa yang sangat diperlukan oleh rakyat, cubalah anda letakkan diri dalam setiap masalah mereka. Jadilah sebahagian dari diri mereka. Jangan hanya duduk dalam ofis kena penyaman udara atas kerusi empuk sambil tunggu rakyat datang menjenguk anda.
Banyak lagi yang diperlukan untuk pembangunan rakyat Sarawak. Banyak kerja yang perlu dilakukan. Ramai yang perlukan pembelaan dari segi ekonomi, sosial dan juga pendidikan. Jika anda turun ke kawasan pedalaman Sarawak, kemudian bandingkanlah dengan pedalaman di Semenanjung, bezanya bagai langit dan bumi. Di Sarawak, penduduk pedalaman masih lagi terkial-kial membangunkan ekonomi sendiri sedangkan orang asli di Semenanjung pun sudah merasai kemajuan yang tidak ada di Srawak. Pergilah diceruk mana pun, pasti anda akan dihubungkan dengan jalan raya yang selesa. Tapi di Sarawak, anda tidak akan sampai ke Sibu dari Kapit tanpa bot ekspres yang menyeksakan punggung anda selama lebih 3 jam.
Sudah lebih 40 tahun Sarawak merdeka dan menyertai Persekutuan Tanah Melayu, bermakna sudah lebih 50 tahun negara merdeka. Jika anda berada di Semenanjung, rumah orang asli didalam hutan pun sudah ada bekalan elektrik 24jam. Tetapi di Sarawak, ada lagi rumah penduduk terutama yang dipedalaman masih menggunakan jenerator. Sudah tentu ini membebankan rakyat, dengan kos bahan api yang semakin meningkat, tuntutan untuk menerangi malam, pap lagi pilihan yang ada?? Belum pun projek hidro elektrik Bakun siap, sudah ada cakap-cakap yang mengatakan bukan semua rakyat Sarawak dapat menikmati elektrik dari empangan itu bila ia beroperasi kelak. Persoalannya, kenapa rakyat yang berada dilaluan kabel elektrik dan juga laluan air dari empangan Bakun itu tidak dapt menikmati elektrik?? Jika diikutkan perjanjian asal, hidro elektrik Bakun akan membekalkan elektrik ke Semenanjung juga. Kenapa harus jadi seperti itu??
Jika berlaku bencana, rakyat yang ada dilaluan air empangan Bakun sudah pasti mendapat bencana. Adakah ini bermakna, rakyat Sarawak perlu menanggung kesan kemajuan yang orang lain nikmati?? Adakah adil perkara seperti ini berlaku??
Rakyat inginkan perubahan, tapi bukan dengan menukar kerajaan. Cukuplah suara rakyat akar umbi didengar. Rasailah denyut nadi rakyat terutama dikawasan pedalaman yang inginkan kemajuan dadn perhatian. Mereka mengharapkan wakil rakyat mereka dapat mewakili suara mereka dengan berkesan. Majulah Sarawak Dalam Malaysia.

Sunday 27 March 2011

3S' SIMBOL KEJAYAAN YAHUDI DAN BARAT KE ATAS ISLAM

3S' terlalu sinonim dengan kehidupan kita hari ini. 3S' merujuk kepada sport's (sukan), Song @ Sing (nyanyian) dan juga sex (seks). 3S' inilah yang telah diwujudkan oleh orang Yahudi dan juga barat untuk menyerang minda dan melekakan umat islam diseluruh dunia.  Sedar atau tidak, suddah ramai orang islam yang terleka, terpedaya dan terpesong disebabkan oleh 3S' ini.  3S' digubah dan digarap indah untuk tatapan umat islam diseluruh dunia.
  1. SPORT'S (SUKAN)
Semua jenis sukan boleh melalaikan dan melekakan jika kita terlalu taksub bersukan.  Berapa ramai orang islam yang sedar, hanya dengan meletakkan sebiji bola di atas padang, berjuta-juta umat islam di dunia tidak menunaikan solat??  Berapa ramai pemain bola beragama islam yang tidak sempat atau melengah-lengahkan solat hanya kerana berada di atas padang menyepak bola??  Kita dikaburkan dengan wang dalam bola sepak.  Hanya dengan bermain bola, seorang pemain mampu menerima gaji jutaan dolar.  Ada ke diantara umat islam yang sanggup melupakan saingan piala dunia, piala eropah mahupun apa-apa pertandingan yang melibatkan bola?? Seramai-ramai umat islam di Malaysia, berapa orang yang sanggup bangun dimalam hari dan menghidupkan malam-malamnya dengan sembahyang dan bermunajat kepada Allah??  Tapi, andaikata ada  Liga Juara-Juara Eropah, perlawanan antara Barcelona dengan Chelsea pukul 3:30 pagi, berapa ramai peminat bola sanggup terlepas??  Kita sanggup bersengkang mata menonton aksi perlawanan bola, tapi kenapa kita tidak sanggup sanggup bersengkang mata bermunajat pada Allah yang menjanjikan pahala dunia akhirat??
      
         2. SONG @ SING (NYANYIAN)

Islam tidak pernah memusuhi hiburan.  Hiburan boleh merehatkan minda seseorang.  Apa yang ditegah oleh islam adalah hiburan yang melampaui batas.  Dewasa ini semacam tak sah sekiranya hiburan tanpa arak, dadah dan juga perempuan.  Ingatlah umat islam, semakin ramai kaum wanita menjadi penyanyi.  Ingatlah, itu merupakan tanda-tanda kiamat.  Arak adalah ibu segala kejahatan.  Dadah menghayalkan dan merosakkan.  Bila digabung ketiga-tiganya, maka terjadilah zina yang berleluasa seterusnya menyebabkan kes pembuangan bayi semakin meningkat.  Nyanyian sememangnya tidak dapat lari dari dunia fesyen.  Andad sendiri dapat lihat bagaimana nyanyian dan fesyen hari ini bergerak seiringan.  Pendedahan aurat dikalangan penyanyi wanita sudah 1 kemestian dalam setiap persembahan.  Malah ada yang hanya memakai coli dan seluar dalam ketika membuat persembahan.  Itu semua dikaitkan dengan fesyen.  Bukankah dalam islam wanita diwajibkan menutup seluruh badan melainkan muka dengan tangan??  Akan tetapi apa yang kita dapat lihat sekarang, wanita islam sudah ramai yang mendedahkan betapa cantiknya badan mereka dikhalayak ramai??

         3. SEX (SEKS)

Seks adalah mulia disisi islam.  Ia adalah hadiah dari Allah kepada mana-mana pasangan yang berkahwin.  Akan tetapi, musuh-musuh islam menjadikan seks sebagai senjata yang paling ampuh untuk memusnahkan keimanan orang-orang islam.  Lihat sahajalah lambakkan perkara berunsurkan seks begitu mudah didapati.  Sama ada di pasaran gelap, dalam bentuk vcd mahupun majalah.  Paling mudah melalui akses alam maya.  Musuh-musuh islam mengubah seks sebagai satu hiburan dan keseronokkan yang 'mesti' dirasai oleh setiap orang.  Seks digambarkan sebagai tanda kemajuan.  Disebabkan itulah seks seringkali menjadi pembunuh kepada orang islam.  Cuba tanya diri sendiri, berapa banyak adegan video seks dalam telefon bimbit anda??  Adakah anda sedar dengan memiliki video seks anda sebenarnya sudah pun mendapat pakej dosa.  Dosa kerana melihat zina dan juga dosa melihat aurat seseorang. 

Nah orang islam, perhatikanlah bagaimana orang yahudi dan musuh-musuh islam menjadikan sesuatu untuk memusnahkan iman orang islam.  Bukan islam menghalang umatnya bersukan.  Tidak sama sekali menghalang untuk berhibur.  Malah islam memuliakan seks disisi suami isteri yang sah.  Apa yang ditegah ialah sikap kerterlaluan umat islam dalam berhibur sehingga kita terlupa untuk beribadah kepada pencipta.  Kita terlupa akan batas-batas dan mengenepikan hukum halal haram.  Ingatlah, musuh-musuh kita sedang berusaha dengan pelbagai cara untuk melekakan dan memesongkan akidah umat islam.  Tujuannya hanya 1, menjatuhkan martabat dan kesucian islam serta umatnya.  Jika anda mengaku islam, bersaksikan Tiada Tuhan Yang Layak Disembah Melainkan Allah, dan Muhammad Itu Pesuruh Allah, fikir-fikirkanlah wahai saudara-saudara ku...Allahu Akbar..Allahu Akbar..Allahu AKbar..

Monday 21 March 2011

KETUA....PEKERJA BAWAHAN

Adakah anda ketua atau pekerja bawahan ketua anda??  Pernah tak anda berdepan dengan situasi dimana anda berselisih faham dengan anak buah anda??  Andainya anak buah anda melanggar peraturan kerja, apa tindakan sewajarnya yang anda ambil?? 
Penulisan kali ini bukan juga bertujuan nak menyalahkan sesiapa, sekadar renungan kita bersama.  Bagi saya, apa yang penting ambil tindakan ikut budi bicara yang tepat.  Janganlah terus menghukum pekerja bawahan anda kalau sepatutnya dia boleh diberi peluang untuk berubah.  Siasatlah sebetulnya masalah pekerja anda, takua-takut ada masalah dia yang anda tak tahu.  Janganlah sewenang-wenangnya terus menghukum atas kesalahan dia.  Andai kesalahan dia boleh dimaafkan, berikanlah dia peluang.  Tapi sekiranya kesalahan itu kesalahan besar, cubalah berbincang jalan yang terbaik.  Jangan terus menghukum kesalahan seseorang.  Takut, apa yang anda buat itu tidak sewajarnya anda ambil.  Menghukum pun biarlah mengikut prosedur yang sepatutnya.  Jangan sesekali ikutkan emosi marah anda.  Ingat, sebagai ketua anda sepatutnya membimbing anak buah anda.  "Kepimpinan Melalui Teladan" adalah sesuatu yang amat sesuai dipraktikkan dalam membina suasana kerja yang harmoni.  Jangan anda sebagai ketua perangai macam syaitan, anda nak anak buah jadi cam malaikat.  Ibarat ibu ketam nak ajar anak berjalan kedepan.
Sekiranya anda anak buah, anda sepatutnya fikirkan semula perkara asas yang perlu anda tahu sebagai pekerja.  Anda tertakluk kepada peraturan syarikat.  Anda sepatutnya tahu setiap peraturan kerja anda dan cuba untuk tidak melakukan apa yang ditegah oleh majikan anda.  Sekiranya anda lakukan juga, anda mesti faham tindakan yang akan anda dapat.  Janganlah anda bersikap seolah-olah anda tahu segala-galanya dan berlagak pandai.  Cubalah minta maaf dan terangkan apa sebenarnya situasi anda. 
Suasana kerja yang baik adalah dimana majikan dan pekerja selalu mengetahui peranan masing-masing.  Kena selalu menghormati hak masing-masing.  Seorang pekerja yang baik akan mengutamakan kerja dan mengikut segala peraturan yang di olah oleh majikannya.  Majikan dan ketua yang baik akan sentiasa mengutamakan kebajikan pekerjanya.  Jika anda majikan atau pun ketua, cuba tanmya soalan ini pada diri anda sendiri.  Pernahkah anda muhasabah diri dan menjadi contoh kepada anak-anak buah anda??  Jangan sesekali anda fikir anda tidak pernah melakukan kesilapan.  Terapkanlah kata-kata ini "Kepimpinan Melalui Teladan".  Anda berdisplin, anak buah anda tidak anak mempunyai alasan untuk tidak berdisplin.  Malah anda ankan disegani dan dihormati..Selamat Berjaya sebagai pekerja dan majikan mahupun ketua....

Sunday 20 March 2011

JANJI MELAYU

Maaf andainya penulisan kali ini membuatkan sesetengah pihak terasa hati.  Bukan mencari kelemahan sesiapa, jauh sekali mencari salah siapa.  Tetapi sama-samalah kita renungkan apa maksud yang tersirat.  JANJI MELAYU sudah sinonim dengan masyarakat kita hingga ke hari ini, janji jam 8 tetapi sampai jam 9.  Bukan mungkir janji tetapi melengahkan sesuatu perkara sama ada dengan alasan atau tanpa alasan.  Jika kita ingin menjayakan wawasan 2020 menjadi negara maju seperti yang diimpikan oleh Tun Dr. Mahathir, seharusnya perkataan "JANJI MELAYU" ini dikikis dan dibuang jauh dari kehidupan masyarakat kita.  Jika tidak , apa yang diimpikan oleh Tun Dr. Mahathir hanya akan tinggal kenangan dan angan-angan Mat Jenin. 
Bagi anda yang berpengalaman dan pernah berkerja dengan orang Jepun, pasti anda skan sedar yang masyarakat kita sebenarnya masih jauh ketinggalan untuk mencapai status negara maju.  Masih terdapat banyak kekurangan dan masih terlalu jauh jurang antara kita dengan masyarakat Jepun.  Banyak budaya masyarakat kita yang perlu diubah jika kita mahu setanding dengan orang Jepun menjadi negara maju. 
Orang Jepun suka membaca dan berterusan mencari ilmu tetapi orang kita hanya suka mencari ilmu tanpa banyak mmbaca.  Budaya membaca masih terlalu kurang dalam diri orang kita.  Daripada 25 juta rakyat Malaysia, berapa orang yang membaca purata 5 buku ilmiah setahun?????
Budaya kerja orang Jepun sangat cekap dan amanah, rajin dan berdisplin.  Inilah yang menjadi kunci kejayaan Jepun menjadi negara maju.  Orang Jepun mengutamakan kerjaya dan kepuasan pelanggan, penambahbaikkan yang berterusan.  Berbanding dengan orang kita yang selalu amik M.C.  Kerja ibarat melepaskan batuk ditangga.  Malas juga sudah sebati dengan kita hingga sukar dikikis.  Selalu sahaja kita dengar, "hai, cukuplah takat tu je".
Jika nak dinuat perbandingan, memang nampak ketara jauhnya jurang antara kita dengan Jpun.  Jadi persoalannya, dengan hanya tinggal tidak sampai 9 tahun dari wawasan 2020 untuk kiita menjadi negara maju. mampukah kita ubah diri kita menjadi seperti bangsa maju???
Jepun adalah contoh terbaik buat kita.  Negara Asia dengan keluasan yang berkali-kali ganda kecil dari negara Russia dan China tetapi, menjadi negara ekonomi ke-2 terbesar dunia selepas Amerika Syarikat.  Penulisan ini bukian bertujuan untuk menghina sesiapa.  Jauh sekali nak merendahkan martabat bangsa sendiri.  Tetapi ini sekadar pedoman buat kita untuk mencapai status negara maju.  Kikislah dan lontarkanlah jauh-jauh semua sikap lama yang negatif bangsa kita.  Janganlah dibanggakan sangat "janji melayu" dalam hidup kita.  Sudadh sampai masanya kita berubah ke arah bangsa dan negara yang maju, seiring dengan Wawasan 2020 impian semua rakyat Malaysia..

Friday 18 March 2011

2 KALIMAH AGUNG DALAM HIDUPKU

ASHYDU ALLA ILAHA ILLALLAH
WA'ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH
Saat lidah mengungkapkan 2 Kalimah agung ini 5 tahun yang lalu, terlintas kembali segala kenangan dan ranjau yang pernah saya tempuhi dikala itu.  Onak dan duri, ranjau berliku terpaksa saya tempuhi seorang diri.  Tanpa teman dan disisihkan keluarga.  Tidadk ramai berkeyakinan yang saya akan berjaya mengharungi semuanya seorang diri.
3 tahun yang lepas, usia saya baru je mencecah 21 tahun. Saya kuatkan semangat dan tabahkan hati, liddah melafazkan 2 kalimah syahadah ini dengan penuh keyakinan.  Tanpa keraguan.  Saya lakukan perkara yang jarang orang lain seperti saya lakukan, berada dipersimpangan jalan yang berliku penghujungnya.  Sedang dihadapan sudah pun terbentang peluang untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6, masa depan yang lebih cerah, kehidupan dunia yang menjaanjikan sesuatu yang lebih menarik.  Manakala disimpang satu lagi adalah janji-janji Allah.  Kehidupan penuh ranjau dan rintangan, namun pengakhirannya adalah Syurga Allah yang kekal abadi bagi orang-orang muk'min.  Bukan mudah untuk membuat keputusan kerana ia melibatkan soal agama dan juga keluarga.  Islam beerti saya dibenci keluarga.  Jika pilihannya keluarga, bermakna saya mengalah pada hasutan syaitan.  Usia saya mencecah 19 tahun, saya ambil keputusan untuk berkelana ke bumi orang.  Keluar dari bumi Sarawak dan mencari iman dan petunjuk-petunjuk Allah.  Saya cekalkan hati dan terpaksa memilih untuk menjauhkan diri dari keluarga tercinta.  3 tahun saya menyepi, 3 tahun saya mencari, akhirnya lidadh saya mengungkapkan 2 Kalimah Tauhid ini.  Walau saya tahu, tidak melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 bermakna masa depan yang berliku dan belum pasti yang perlu saya tempuhi seorang diri.  Demi agama Allah, saya kuatkan semangat.
TERIMA KASIH juga saya ucapkan pada Nurulaini, Noor Haiza dan juga Abdul Hadi.  Kerana mengenali anda bertigalah dan anda bertigalah orang yang mencetuskan inspirasi buat saya mendalami dan mempelajari islam.  Walaupun secara tak langsung, terima kasih semua.  Nama-nama anda semua akan kekal dalam ingatan dan doa saya sampai bila-bila.  Terutama awak Nurul.  Dulu saya tak pernah pun bertugur sapa dengan awak.  Tiap kali saya berdepan dengan awak, hati saya berdebar-debar.  Jauh disudut hati, sebenarnya saya pendam perasaan pada awak.  Saya teringin nak belajar agama dan mendalami islam daripada awak.  Tapi saya sedar, beza antara kita terlalu jauh.  Saya pendamkan segalanyadalam hati.  Sekarang saya sudah pun temui kebahagiaan saya.  Disamping anak isteri, saya doakan kebahagiaan awak bersama dia.  Tidak perlu saya sesali apa yang sudah pun terjadi.  Menyesal seolah-olah saya gagal menerima takdir dari Allah.  Saya harus percaya pada apa yang Allah sudah takdirkan dan saya harus yakin padaNya.  Tentu ada hikmah disebalik semua ini.  Kini sudah hampir 10 tahun saya diperantauan, banyak sudah pengalaman pahit manis yang dilalui, cukup mematangkan.  Perjalanan usia banyak mengajar saya bagaimana harus berdepan dengan masalah.  Rezeki Allah, bumi Allah, janji Allah, segalanya tentang kebenaran.  Carilah dimana-mana, pasti akan ditenui jawapan pada setiap persoalan. Insya Allah.
Banyak yang kena belajar hidup disini.  Tak semuanya indah, dan bukan semuanya pahit.  Apa yang penting adalah usaha.  Dengan usaha semua pun pasti akan lancar.  Biarlah apa orang nak kata, yang penting apa yang kita lakukan itu adalah untuk kebaikkan diri dan keluarga serta tidak menyalahi undang-undang.  Jauh lagi perjalanan yang harus ditempuhi disini.  Banyak lagi yang harus dipelajari dan perlu saya kuasai.  memang saya keseorangan tanpa keluarga,  ibu dan ayah tapi saya sedar masih ada yang memberikan sokongan buat saya.  Isteri yang tercinta  Noor Hazlina dan anak yang comel, Noor Ashylia Atiqah.  Merajuk saje dia akan cakap "tak nak sudah, tak nak tak payah".  Telatah dia dah cukup membuatkan saya bersemangat untuk teruskan apa yang dah saya mulakan.  Saya tak nak berputus asa dan mengalah didepan mereka.  Kepada anda senua yang pernah muncul dalam hidup saya, mencorak dan mewarnai liku-liku hidup saya.  Terima kasih saya ucapkan, semoga Allah akan membalas budi anda semua....amin.

Thursday 10 March 2011

BERJAYA KAH AKU

Masihku cari disegenap penjuru ruang hidup,
Masihku jejak disetiap rongga nafas yang ku hembus,
Terlalu jauh kedamaian yang aku hajati,
Terlalu samar untuk mataku menatapinya.
Biar pun jauh perjalanan yang ku tempuh,
Separuh usiaku mengejarnya,
belum jua aku ketemu sinar kedamaian itu.
Ya Allah, aku memohon kepadaMu,
Aku mengadu hanya kepadaMu,
Tidak aku mengantungkan harapan selain kepadaMu.
Akulah dikalangan hamba-hamba Mu yang hina lagi keji,
Sering aku terlupa mengerjakan perintahMu,
Sering aku terleka dalam pengabdianku kepadaMu,
Namun, hanya kepadaMu ku panjatkan doa,
KepadaMu ku serahkan jasad dan nyawa.
Berikanlah hamba Mu ini hidayah serta petunjuk,
Semangat dan kekuatan untuk ku terus tabah
Menghadapi segala ujian dari Mu.
Semoga Kau tahu,
Sujud dan syukurku hanya padamu
Semenjak Engkau memberikan aku petunjukMu.
Semoga setiap udara yang aku sedut,
Setiap rezeki dan nikmat yang aku perolehi,
Bibirku tidak lupa untuk mensyukurinya,
Hati ku tidak lupa akan zikir kepadaMu.
.