Sunday, 20 March 2011

JANJI MELAYU

Maaf andainya penulisan kali ini membuatkan sesetengah pihak terasa hati.  Bukan mencari kelemahan sesiapa, jauh sekali mencari salah siapa.  Tetapi sama-samalah kita renungkan apa maksud yang tersirat.  JANJI MELAYU sudah sinonim dengan masyarakat kita hingga ke hari ini, janji jam 8 tetapi sampai jam 9.  Bukan mungkir janji tetapi melengahkan sesuatu perkara sama ada dengan alasan atau tanpa alasan.  Jika kita ingin menjayakan wawasan 2020 menjadi negara maju seperti yang diimpikan oleh Tun Dr. Mahathir, seharusnya perkataan "JANJI MELAYU" ini dikikis dan dibuang jauh dari kehidupan masyarakat kita.  Jika tidak , apa yang diimpikan oleh Tun Dr. Mahathir hanya akan tinggal kenangan dan angan-angan Mat Jenin. 
Bagi anda yang berpengalaman dan pernah berkerja dengan orang Jepun, pasti anda skan sedar yang masyarakat kita sebenarnya masih jauh ketinggalan untuk mencapai status negara maju.  Masih terdapat banyak kekurangan dan masih terlalu jauh jurang antara kita dengan masyarakat Jepun.  Banyak budaya masyarakat kita yang perlu diubah jika kita mahu setanding dengan orang Jepun menjadi negara maju. 
Orang Jepun suka membaca dan berterusan mencari ilmu tetapi orang kita hanya suka mencari ilmu tanpa banyak mmbaca.  Budaya membaca masih terlalu kurang dalam diri orang kita.  Daripada 25 juta rakyat Malaysia, berapa orang yang membaca purata 5 buku ilmiah setahun?????
Budaya kerja orang Jepun sangat cekap dan amanah, rajin dan berdisplin.  Inilah yang menjadi kunci kejayaan Jepun menjadi negara maju.  Orang Jepun mengutamakan kerjaya dan kepuasan pelanggan, penambahbaikkan yang berterusan.  Berbanding dengan orang kita yang selalu amik M.C.  Kerja ibarat melepaskan batuk ditangga.  Malas juga sudah sebati dengan kita hingga sukar dikikis.  Selalu sahaja kita dengar, "hai, cukuplah takat tu je".
Jika nak dinuat perbandingan, memang nampak ketara jauhnya jurang antara kita dengan Jpun.  Jadi persoalannya, dengan hanya tinggal tidak sampai 9 tahun dari wawasan 2020 untuk kiita menjadi negara maju. mampukah kita ubah diri kita menjadi seperti bangsa maju???
Jepun adalah contoh terbaik buat kita.  Negara Asia dengan keluasan yang berkali-kali ganda kecil dari negara Russia dan China tetapi, menjadi negara ekonomi ke-2 terbesar dunia selepas Amerika Syarikat.  Penulisan ini bukian bertujuan untuk menghina sesiapa.  Jauh sekali nak merendahkan martabat bangsa sendiri.  Tetapi ini sekadar pedoman buat kita untuk mencapai status negara maju.  Kikislah dan lontarkanlah jauh-jauh semua sikap lama yang negatif bangsa kita.  Janganlah dibanggakan sangat "janji melayu" dalam hidup kita.  Sudadh sampai masanya kita berubah ke arah bangsa dan negara yang maju, seiring dengan Wawasan 2020 impian semua rakyat Malaysia..

No comments:

Post a Comment