ASHYDU ALLA ILAHA ILLALLAH
WA'ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH
Saat lidah mengungkapkan 2 Kalimah agung ini 5 tahun yang lalu, terlintas kembali segala kenangan dan ranjau yang pernah saya tempuhi dikala itu. Onak dan duri, ranjau berliku terpaksa saya tempuhi seorang diri. Tanpa teman dan disisihkan keluarga. Tidadk ramai berkeyakinan yang saya akan berjaya mengharungi semuanya seorang diri.
3 tahun yang lepas, usia saya baru je mencecah 21 tahun. Saya kuatkan semangat dan tabahkan hati, liddah melafazkan 2 kalimah syahadah ini dengan penuh keyakinan. Tanpa keraguan. Saya lakukan perkara yang jarang orang lain seperti saya lakukan, berada dipersimpangan jalan yang berliku penghujungnya. Sedang dihadapan sudah pun terbentang peluang untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6, masa depan yang lebih cerah, kehidupan dunia yang menjaanjikan sesuatu yang lebih menarik. Manakala disimpang satu lagi adalah janji-janji Allah. Kehidupan penuh ranjau dan rintangan, namun pengakhirannya adalah Syurga Allah yang kekal abadi bagi orang-orang muk'min. Bukan mudah untuk membuat keputusan kerana ia melibatkan soal agama dan juga keluarga. Islam beerti saya dibenci keluarga. Jika pilihannya keluarga, bermakna saya mengalah pada hasutan syaitan. Usia saya mencecah 19 tahun, saya ambil keputusan untuk berkelana ke bumi orang. Keluar dari bumi Sarawak dan mencari iman dan petunjuk-petunjuk Allah. Saya cekalkan hati dan terpaksa memilih untuk menjauhkan diri dari keluarga tercinta. 3 tahun saya menyepi, 3 tahun saya mencari, akhirnya lidadh saya mengungkapkan 2 Kalimah Tauhid ini. Walau saya tahu, tidak melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 bermakna masa depan yang berliku dan belum pasti yang perlu saya tempuhi seorang diri. Demi agama Allah, saya kuatkan semangat.
TERIMA KASIH juga saya ucapkan pada Nurulaini, Noor Haiza dan juga Abdul Hadi. Kerana mengenali anda bertigalah dan anda bertigalah orang yang mencetuskan inspirasi buat saya mendalami dan mempelajari islam. Walaupun secara tak langsung, terima kasih semua. Nama-nama anda semua akan kekal dalam ingatan dan doa saya sampai bila-bila. Terutama awak Nurul. Dulu saya tak pernah pun bertugur sapa dengan awak. Tiap kali saya berdepan dengan awak, hati saya berdebar-debar. Jauh disudut hati, sebenarnya saya pendam perasaan pada awak. Saya teringin nak belajar agama dan mendalami islam daripada awak. Tapi saya sedar, beza antara kita terlalu jauh. Saya pendamkan segalanyadalam hati. Sekarang saya sudah pun temui kebahagiaan saya. Disamping anak isteri, saya doakan kebahagiaan awak bersama dia. Tidak perlu saya sesali apa yang sudah pun terjadi. Menyesal seolah-olah saya gagal menerima takdir dari Allah. Saya harus percaya pada apa yang Allah sudah takdirkan dan saya harus yakin padaNya. Tentu ada hikmah disebalik semua ini. Kini sudah hampir 10 tahun saya diperantauan, banyak sudah pengalaman pahit manis yang dilalui, cukup mematangkan. Perjalanan usia banyak mengajar saya bagaimana harus berdepan dengan masalah. Rezeki Allah, bumi Allah, janji Allah, segalanya tentang kebenaran. Carilah dimana-mana, pasti akan ditenui jawapan pada setiap persoalan. Insya Allah.
Banyak yang kena belajar hidup disini. Tak semuanya indah, dan bukan semuanya pahit. Apa yang penting adalah usaha. Dengan usaha semua pun pasti akan lancar. Biarlah apa orang nak kata, yang penting apa yang kita lakukan itu adalah untuk kebaikkan diri dan keluarga serta tidak menyalahi undang-undang. Jauh lagi perjalanan yang harus ditempuhi disini. Banyak lagi yang harus dipelajari dan perlu saya kuasai. memang saya keseorangan tanpa keluarga, ibu dan ayah tapi saya sedar masih ada yang memberikan sokongan buat saya. Isteri yang tercinta Noor Hazlina dan anak yang comel, Noor Ashylia Atiqah. Merajuk saje dia akan cakap "tak nak sudah, tak nak tak payah". Telatah dia dah cukup membuatkan saya bersemangat untuk teruskan apa yang dah saya mulakan. Saya tak nak berputus asa dan mengalah didepan mereka. Kepada anda senua yang pernah muncul dalam hidup saya, mencorak dan mewarnai liku-liku hidup saya. Terima kasih saya ucapkan, semoga Allah akan membalas budi anda semua....amin.
No comments:
Post a Comment